Saturday 1 December 2012

assalamualaikum wbt.




nak nangis, tak tahu kenapa. zati kau da besarlah takkan nak nangis lagi. even segamat je tapi tetap jauh dari family! esok balik, confirm nangis. malam ni pun da rasa sedih.

adik : akak, adik tahu esok akak tak nangis ea.
aku : eh bila akak nangis
adik : eleh dulu akak nangis tu benda
aku : hurm
adik : esok akak nangis adik ambik gamba. wekk
aku : biasalah tu, nanti adik belaja pun nangis juga, tengoklah
adik : adik nangis sekali je, ni setiap kali nak nangis, anak manja gitu lerr
aku : eh budak ni
adik : lain ler duduk luar negara, ni segamat je
aku : diam arr, baik tolong akak ni
adik : hahaha sebab akak nak balik adik tolong, tak sabarnya tunggu esok
aku : tumbok kau dik
adik : hahaha ee tak sabar

*ish budak ni memang mencabar kesabaran aku betul.

Tuesday 13 November 2012

DON'T LOSE HOPE ! MUST !

assalamualaikum wbt.




berada dalam keadaan yang saat tidak stabil ! result yang teruk ! result yang paling teruk pernah aku dapat ! dan lagi teruk bila aku mengulangi kesilapan untuk kali kedua! rasa malu pada diri sendiri, family, kawan kawan. aku tak tahu mana silap aku, mungkin aku terlalu selesa dengan apa yang aku ada. aku tahu sekarang bukan masa untuk menyesal bagai tapi aku kena buktikan yang aku takkan ulang lagi ! mampukah aku ? aku tak pernah rasa segagal ini. kalau bukan keluarga yang bersusah payah bagi support dan tanggung semua keperluan aku dan beri semua kemudahan lama dah aku bekukan cita cita aku dan semua ini. rasa nak tinggalkan je walaupun aku tahu itu bukan jalan yang betul. tahu tak macam mana perasaan bila dikelilingi orang yang berjaya sedangkan aku ? haa rasa nak menangis sekuat hati. macam mana nak berhadapan dengan mereka. mereka berkongsi kegembiraan sedangkan aku? takda pape nak kongsi, ALLAH je yang tahu wehh macam mana perasaan ini.


Sunday 28 October 2012

it's funny okey.

assalamualaikum wbt.

wonderful day with farah dan fifah. dalam seronok seronok tuh tiba tiba ada cerita sedih bagi farah tapi lawak gila bagi aku dan fifah, lawak sangat okey. si farah ni kalau berjalan memang makan je lah yang dia ingat.



farah : wehh aku lapar, nak makan
aku : sabarlah farah, kejap lagi je ni nak siap
farah : ala, aku beli makanan dulu lah
fifah : eh, jangan ngada, saing saing ler.
farah : iyalah *sambil buat muka
aku : hai lah korang nii, HAHA sabar yee farah.

kitaorang pun cari makanan untuk si farah nii, lapar sangat gamaknya. nak cepat mcD je lah. si fifah ni plak sebuk nak makan kat tanjung. okey okey ikutkan je. 

farah : haa kita duduk kat situ je lahh.
fifah : ah tanaklah panas
aku : habis nak duduk kat mana nih? 
fifah : nak duduk kat pondok tuh
aku, farah : kan ada orang tuhh

tak berapa minit pas uh orang kat pondok uh pun balik, adalah sorang makcik yang tinggal. 

makcik : korang dari mana nihh?
fifah : saja jalan jalan cik *dengan ramahnya
farah : * tak rasa kewujudan makcik uh, sibuk dengan makanan

tanpa sedar si farah ni punyalah excited makan, tiba tiba je dengar punya benda jatuh dalam air.

fifah : farah !
farah : ketawa, tanpa ada apa apa berlaku
fifah : cuba kau tengok bawah
farah : haaa
fifah : kasut kau lahh !
makcik : kenapa nih? 
fifah : kasut dia terjatuh cik
makcik : haa macam mana jatuh, habis nak balik macam mana? nak dapatkan kasut tuhh macam mana? *nada tinggi.
kami : eh makcik nihh kenapa nak hangin plak dia, kasut dia ke yang jatuh? *dalam hati je.hihi
makcik : tulah sibuk sangat nak makan sampai kasut pun boleh jatuh, pergi buka kasut tuh kenapa? *saiko gila makcik nii.
farah : stress
aku : sabar farah
makcik : baik aku tengok kasut aku nihh nanti jatuh jugakan, #sambil ketawa. *hai lah makcik nii boleh tahan galak dia
aku, fifah : pandang farah
farah : diam seribu bahasa

beberapa minit kemudian

makcik tuh pun nak balik. sebelum dia balik habiss semua orang yang lalu depan kitaorang dia cerita pasal kasut jatuh.

makcik : budak nihh haa tengah makan makan tiba tiba kasut jatuh
public : budak yang mana?
makcik : yang pakai baju biru kundang tuh

semua pandang farah. mula mula tuh farah cool lagi. tiba orang kedua ketiga makcik tuh bagitahu farah da start buat muka stress. *gila tak stress makcik tuh cerita kat sume orang. tapi nasib baiklah dia balik awal kalau tak mau satu tanjung tuh tahu cerita.

fifah : fara mungkin makcik tuh lapar sebab tuh jadi macam tuh. HAHA

mood farah terus hilang. aku fifah bantai ketawa sampai terbatuk batuk dibuatnya. haihhlah.


Monday 22 October 2012

assalamualaikum.


aku rendu kau lah gendut. :( tapi aku tak tahu nak cakap macam mana. aku mintak maaf sebab buat kau sakit hati. rendu nak dengar kau nyanyi, ketawa, buat lawak. :'( i'm sorry for leaving you!


but no matter i still needs you.
# SHAHRUL ZAKARIA.

Friday 19 October 2012

happy birthday to you!

assalamualaikum wbt.



happy birthday to you dear! semoga panjang umur dan di murahkan rezeki sentiasa. AMIN. miss you! =')


Friday 20 July 2012

ramadhan sudah tiba!

assalamualaikum wbt.

salam ramadhan untuk family tercinta dan rakan rakan tersayang termasuklah si gendut EN. SHAHRUL ZAKARIA, jaga kesihatan awak ye sayang. esok genaplah umur 19 tahun. 

ok, tu ja nak tulis. :D

Thursday 24 May 2012

dush dush!

assalamualaikum wbt.

yeah tima aku berjaya! ingatan kembali semula, berkat mimpi kau la nii. HAHA!

ok, tu bukan ceritanya.

dear goodboy!

betul betul rasa nak tumbuk kau saat nii lah, asal kau nak publish kat semua orang yang kau nii bagus ala ala orang baik dan ambil berat pasal orang lain, padahal hushh! ! aish, konon konon hebat nak hujah itu ini, pandai tegur orang cakap tuh cakap nii tapi bila diri tu kena usik dengan nasihat orang lain mulalah nak melatah benda bukan bukan, hilang semua nasihat yang kau beri ! jangan pandai cakap je ! kalau cakap je semua orang boleh buat setakat update status bahas sana bahas sini, cakap pasal orang tu gitu gini memang senang ! cuba kau buat tengok jauh mana, ilmu tuhh tak sejauh mana lagi, tuntut ilmu tuhh bagi mantap dan cakaplah apa kau nak cakap, tada orang nak nyirap dengan kau, tada orang mampu bantah sebab kau sememangnya berilmu. ! HELLO ! tak jalan manalah setakat dapat nama dan tak payahlah nak tunjuk semua koleksi barang mahal kau tuhh, simpan elok elok kat uma tuhh, ingat kau sorang ehh yang mampu beli ! buat orang ketawa je lah. gadjet gadjet kau yang setakat dari china tuhh tak payah nak gebang gebang, simpan lagi baik ! setakat kau beli mahal mahal tapi kau jual balik buat apa, tak mampu nak tanggung hutang? hambikk tuhh memang kau nak orang nampak kau mewah, tak kemana. maaf sebab aku geram sangat dengan kau wahai lelaki yang budiman. 

*buatla bro jangan cakap je. janganlah cakap 'pungpangpungpang' tapi tak lalui pun benda tuhh, rugi bro. bagilah seimbang, cakap dan buat. jangan nak mengharap orang lain berubah kalau diri masih dekat takuk lama. jangan menilai orang lain kalau diri tuhh jahil, kasi ubah diri tuhh baru mampu jadi pemimpin untuk ubah orang lain. maaf kalau terasa! tapi susah plak kalau tak terasa, penat je lah aku menaip nii ._.

Tuesday 17 April 2012

YOU MAKE ME TOUCH !

assalamualaikum sume .


HAHAHAHA ! just wanna to say that i'm bored now ! act, i had plan today with mybrother but in the morning he says that he has a driving class. haiyoo ! why not tell early ha ? ok, forget it ! 


well , to many happened last :') . but have something nice to tell . Dude ! you know what firstly you tell me that you reject someone special in your life ? i think i dont understand why you do that ? i just wonder ? but now i really touch listen your answer for my question ! 


oh ! gosh ! you are so sweet la babe ! 






among the dialog between me and she


me : why you reject him ?
she : i don't like couple , if he really want me just see myparents .
me : HAHA ! if he really do that but you dont love him ? you accept ?
she : why not, if myparents like him , i just follow and accept .
me : ok ok . i can't wait for that moment . hopefully you happy . 
she : HAHA ! i just want blessing from my parents, if them happy i'm too . :)
me : sweet . :D






kagum tengok kau ! :) tak sangka kau sekuat itu . Mungkin pengalaman lalu mengajar kau kan kawan . (^_^)

Sunday 15 April 2012

BERJIMBA !

Assalamualaikum wbt uollls !










yeah ! wonderland. *macam budak budak, puihhh! trend budak sekarang, mesti ada puihh puihh . apa kejadahnya mereka sedemikian ? HAHA! kuat sangat pengaruhnya nii.


oitt mana cite wonderlandnya ?


eh, lupa. maafkan saya . #versizizan


pagi yang damai .


dialog plizzz :


akak : jatii ! bangunlahh
aku : hmm, awal lagi nii kak.
akak : awal la sangatkan, cepat bangun #sambiltarikselimut
aku : ermmm, yela nak bangun nii, akak keluar dulu nanti kita keluar ehh ehh ?
akak : da tak payah, akak tahu tektik kau tuhh, bangun cepat !
aku : *terpaksa bangun dengan beratnya .
akak : pergi mandi busukk
aku : mandi ? ala, nanti nantilah
akak : pergilah, nah towel.
aku : baiklah. dengan akurnya.


keluar ja dari bilik


aku : eh, abang ? bila sampai.
abang : baru ja, awal bangun.
aku : hehe. malu*
abang : nak mandi ?
aku : haah, akak paksa.
abang : tak payah mandilah
aku : pulak da .
abang : kita mandi kat wonderland ja nanti .
aku : wonderland ?
abang : tanak ikut ea ?
aku : mestilah nak tapi orang nak mandi dulu .
abang : HAHA! pergilah mandi .
aku : Apalah =,=''


. . . . . . .
selepas selesai mandi .


akak : cik jati sayang jom makan .
aku : ok .
ibu : kenapa ta makan sarapannya nii ?
aku : aik ?
akak : macam mana nak makan kalau bangun je da ada makan tengahhari .
aku : haah bu, awal sangat masak tengahharinya .
akak : banyaklah kau punya awal .
aku : hehe. *garu kepala


. . . . . . . .




ok ! di pendekkan cerita lepas makan kitaorang nak gerak , tiba tiba dua orang budak kecik buat muka kecian tanda nak ikut .


abang : PG dan YUN nak ikut ?
budak kecik : mengangguk tanda nak .
abang : pergi kemas baju
budak kecik : senyum gembira .
aku : hahhhahha, ketawa* -'


ok, kitaorang sampai dalam tengah hari gitu . cuaca ? sangat sangatlah baiknya sehingga terasa kehangatan . panas wooo ! tapi nasib baiklah orang tidak begitu ramai.


sampai pun akhirnyaa *weeee :D


dua orang budak kecikk !


. . . . . . . . . . 


abang : jati naik benda alah merah tu nak tak ?
aku : merah ? boleh saja
abang : ok, jom .


sampai je kat atas , cuak la plak kan nak naik ,cukuplah dulu naik sekali rasa nak terCabut ha jantung tuhh.


aku : abang kita naik yang macam labu tuh ja la
abang : takut la tuhh, hehe. iyala iyala .
aku : hehe


PART D tu laa yang nampak scary ! !


ok ! semua benda aku naik kecuali yang merah tuhh ja. cuak kot ! cukuplah sekali . lamalah jugak kitaorang kat situ sampai petang, hitam sudah kulit kan. pas puas berjemur dalam air. kitaorang pun gerak pergi masjid untuk solat dan makan kat pantai klebang . citt, jauh gila pergi makan ! act , kitaorang nak beli coconut shake tuhh tapi emmm macam biasa lah kan HABISSS . apalah nasib seh . dapat beli belacan dan cincaluk je . oklah tu buat ole ole untuk yang kat rumah tuhh . HAHA! *hampeh macam pergi vacation jauh je , melaka ja punn .


ok guyss, penat la ai jari nii menaip dan otak nii berfikir ! tatatititutu ! :D





Saturday 14 April 2012

HAPPY BIRTHDAY! ♥

assalamualaikum wbt sume.

happy birthday princess!!

puteri naura erissa

kakak ! wait !
                            ok ready !                 


sekejap je awak dah dua tahun. .

terasa kemeriahannya, kekecohan yang melanda PIZZA HUT PESTA hari ini seolah olah kitaorang yang punya. HAHA. tengok je la gamba gamba di bawah nii, 





hamboii kak lin dan abang tulip *antara dialog dialog mereka 
 ♥
mereka

birthday girl with mama

ibu mengandung ? ini part yang kelakar ! among my uncle always make all laugh . .

incik cheese pun ada aww

 ♥ ♥ ♥

yummm ! yummm !
prawn olio the best one !

peace yo !

mama and papa arissa

mysunshine !

sesi bergambar


inilah kami apabila da berkumpul, ini hanya sebahagian darinya. ok, next birthday siapa pulak lepas nii? jumpa kat secret recipe mungkin?
terima kasih .
love them very much, big family ♥ 


tiba tiba teringat masa birthday adik aku tahun lepas


dialog malam hari :



Aku : Happy birthdayy !! HAHAHA
fifi : Apa kau ketawa ketawa ? HAHA
Aku : Mesti aku orang pertama yang wish ni kan kan kan?
fifi : SALAH !
Aku : Jadi siapa ha ?
fifi : Tekalah
Aku : awek kau ?!
fifi : Salah !
Aku : ibu !? ayah ?!
fifi : Salah jugak !
Aku : abang long ?!!
fifi : Salah jugak salah tetap salah. Hahaha
Aku : (fikir sendiri . mata memandang ke atas )
fifi : (senyum-senyum)
Aku : Ish ! bagitahu je lah !
fifi : Betul ni kau nak tahu ??
Aku : mestilah
fifi : Jawapannya ialah...........
Aku : ialah apa ??!
fifi : Ialah.....
aku : oit betul betul la, cepat !!
fifi : HAHAHAHA . CELCOM !!!!!!!
Aku : benggong la kau. jeling sekali*


malam sume. tata. :D

Friday 13 April 2012

JUST I'M

DEAR YESTERDAY,,


I JUST WONDER ?


each of us is a star that shines with the rest. sometimes we twinkle alone but whenever you feel like you're about to lose your own sparkle, don't worry. i'm here to add a glow.


i admit that i have ruined my days. I admit that all of the wrong things was going on caused by me. I admit that all of the pain was carried out by me. I admit that all of the hard situation is always start by me. I admit everything i've done towards you is just like want to make it perfect without any problems happened. I admit lately was being so bleak.

thinking ?

sometimes it being so strong. Because when people know that you are strong, they think that its okay to hurt you over and over again. Aku tidak ada hati batu yang mungkin kau rasa memang patut dikasari memang patut untuk disakiti. " Kau ingat aku apa?" Lately perasaan rasa macam sekeping kertas saja. Orang lain senang hati buat kita macam sampah, why i'm surrounded by people like this? kalau kita bagi muka, kita sayang, kita jaga, kita hormat, tapi the end?


Thursday 12 April 2012

TO TOLD


  1. bila kita sayang dia
    kita terima saja apa yang dia kata
    tapi bila dia kata kita?
    hati kata takpe, manusia tak sempurna...


    bila kita sayang dia
    kita tunggu dia lama pun tak pe
    tapi bila dia tunggu kita? dia marah2
    hati kata takpe, adatlah ada yang mnnunggu & dtunggu...


    bila kita sayang dia
    kita tak tidur pun takpe, layan dia yang tengah bosan
    tapi bila kita bosan , ada dia layan kita?
    hati kata takpe, dia sibuk agaknya...


    bila kita sayang dia
    kita gaduh dengan dia , kita diam
    tapi dia bagitau semua orang
    hati kata takpe, dia tension tu...


    bila kita sayang dia
    kita call nak cakap ngan dia
    tapi dia gayut dengan orang lain
    hati kata takpe, dia ada hal nak cakap dengan member


    bila kita sayang dia
    kita bercerita dengan dia , cerita dengan tunggul lagi baik
    tapi bila dia bercerita dengan kita
    kita dengar sepatah2 kita ingat
    hati kata takpe, sayang katakan...


    bila kita sayang dia
    kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih
    tapi bila kita letih , dia suruh juga kita layan dia
    hati kata takpe, bukan selalu pun...


    bila kita sayang orang itu
    kita jadi macam orang gila dengar dia sakit
    tapi bila kita sakit, dia siap kuar dengan kawan2
    hati kata takpe, takkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam...


    bila kita sayang dia
    kita tak pernah pentingkan diri sendiri
    tapi dia hipokrit dengan kita
    hati kata takpe, dia memang macam tu, kene lah terima...


    bila kita sayang dia
    kita sayang nak tinggalkan dia selama2nya
    tapi dia tak pernah hargai diri kita
    hati kata tau tak betapa kita sayangkan dia?


    bila kita sayang dia
    kita tak sanggup tengok dia derita
    tapi bila kita sakit , dia kata jangan nak manjakan sangat
    hati kata macam manalah dia kalau kita dah takde, mesti dia gembira...


    bila kita sayang dia
    kita sanggup tinggalkan dia selama2nya untuk dia bahagia
    tapi adakah dia tahu pengorbanan kita?
    hati kata takpe, janji dia bahagia...

    *I WISH I WAS BETTER AT TELLING PEOPLE HOW I REALLY FEEL

Tuesday 10 April 2012

KAU SIAPA GILA !

maaf sebab entry yang nii aku tersangatlah geram! ok, dalam mood yang happy tadi aku tengah update blog sambil sambil buka FACEBOOK dan baca lah comment comment yang ada. ok! tiba tiba aku baca satu comment kat gambar nii. serious aku rasa geram gila sekarang ni bila baca comment kau budak. Even kau tak mention aku pun dalam comment tu tapi kalau kau berada kat tempat aku confirm confirm lah kau akan terasa ! aku nak bagi penjelasan kat sini . seteruk teruk aku, aku takkan kikis duit kawan kau tuhh la gila ! kau siapa nak cakap aku macam tuhh, kau kenal aku ke ? setahu aku, aku tak pernah mintak apa apa dari kawan kau tuhh sepanjang aku dengan dia dulu ! tang mana yang kau cakap aku kikis duit dia ! hello aku tada la daif sangat nak kikis duit orang ! top up ? top up yang dia bagi pun atas kerelaan dia sendiri . aku tak pernah minta , kalau tuhh lah yang kau cakap aku kikis duit kawan kau tuhh , sorry tuh say lah , kau boleh simpan kawan kau tuhh ! kau nak kata aku kikis kikis plak. ! aku angin je tengok kau dan kau tak payah nak perli perli la ! aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku ! so, apa masalah kau ? haish ! 

#maaf!betulbetulrasasakityangteramatsangatsekarang.
terimakasihlah. 

AWESOME!

assalamualaikum wbt guys!


cuti masih banyak lagi berbaki, tatau apa aktiviti yang mau di buat. kebosanan yang sungguh ketara sekali. tapi dua tiga hari lepas kebosanan tuhh hilang sebab cik NADIAH datang. HAHAHA *ketawa keriangan. actually, kedatangan beliau langsung tak dirancang pun, last last minute je tuhh. 


hari sabtu lepas aku keluar dengan ex-schoolmate aku beriadah di Gunung Ledang (japa,hafiz,young,chicken). setelah sekian lama tak berjumpa diaorang diaorang nii tahap kegembiraan tuhh maximum gila babe! sepanjang perjalanan selama 30 minute tuhh memang tak kering gusi dengan lawak lawak mereka mereka nii. maklumlah lama tak jumpa. lepas penat mendaki *daki la sangat. kitaorang pun membasahkan diri. ai, janggal sungguh. tempat yang agak strategik sebab agak jauh dari orang ramai. yezza! puas mandi, kitaorang pun naik dan makan. rajin sungguh mereka mereka ni memasak dan membawa bekalan yang sedap sedap. :)thanks aww! siap makan sambung lagi mandi. dah puas berendam kitaorang pun balik. dan dan kitaorang balik hujan pun mengiringi. *nasib baik sungguh! 


lepas selamat hantar mereka mereka ni, aku dan japa mengambil cik NADIAH pula. dengan harapan yang tinggi, berharap sangat sangat beliau dah siap tapi hurmm dengan muka yang poyo dengan berkain batik #gilalahnadiahpakaikainbatik. lepas da siap semua kitaorang pun gerak.


semalam cik nadiah tersangatlah benggong sebab berjaya membuat lawak. lawak yang pertama : selepas solat maghrib cik nadiah nii penat sangat kot sampai tertido tido, bangun je dari tidur tiba tiba dia bangun dan kalang kabut nak solat maghrib lagi, apa seh kau makcik, pergi lagi tidur maghrib maghrib. HAHAHA! kelakar habis kot, tapi muka nak cover je padahal da malu gila kot. yang kedua pulak : niat jahat untuk mengenakan orang gagal apabila terkena diri sendiri. HAHAHAHA! Padan muka! kan da malu makcik!


#SORRY!MoodAkuTibaTibaHilang! kbai !

Thursday 5 April 2012

DEAR friend

sorry :( ! aku tak tahu lah kau baca ke tak blog aku ni. inilah jalan terakhir aku. tapi aku nak kau tahu yang aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau, mungkin teguran aku buat kau benci kat aku. mungkin aku da tak kenal kau lagi sekarang. aku tegur sebab aku sayang kau, aku tak nak kau dengan dunia kau. ok! betul, kata kau! aku bukan baik mana pun. tapi aku tak nak menyesal sebab tak pernah tegur kau. memang tak semua orang mampu terima teguran orang tapi aku cuma nak kau faham dan aku tak pedulik apa orang lain buat asalkan bukan kau orang tuhh..


biar aku menangis sekarang jangan aku menangis kemudian, aku tahu kau faham tuhh. maaf kalau kau rasa aku lupa kau dan tak ada masa kau susah, aku tak pernah lupa atau nak jauhkan diri dengan kau. aku ikhlas dan aku nak kau tahu tujuan aku masa tuhh. aku takut ia akan jadi kat kau atau aku satu hari nanti, aku nak kita sama sama muhasabah diri, mati tak kenal usia kawan.

bila aku baca kisah arwah aku hanya ingat kat kau. aku hanya nak kau faham. mungkin sebelum nii aku jahil. ok! aku tak tahu setiap kali aku ingat kau aku akan rindu aku yang dulu dan aku menangis bila ramai yang merayu supaya doakan arwah sebab tanak arwah terseksa kat sana walau saling tak pernah kenal pun. YA ALLAH, hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku masa tu, even kau buang aku lepas nii aku nak kau tahu aku tak pernah benci atau lupa kau, aku tetap akan sayang kau. kalau kau jatuh dalam sungai dan kau perlukan orang untuk tolong, aku sanggup korbankan nyawa aku untuk selamatkan kau. sebab selama nii kau ada time aku nangis dan ketawa. dulu kita sama sama jahil dan kita berazam untuk sama sama berubah. even perubahan kita hanyalah sedikit tapi kita berjaya mengubah pandangan orang.

aku ingat kau sanggup kena marah even tu bukan kesalahan kau untuk kau pertahankan aku dan baru aku faham kenapa kita perlu sayang setiap orang yang berada dengan kita dan jangan cari walau seorang pun musuh. dulu aku panas baran, suka cari pasal, cakap lepas dan tak pernah jaga perasaan orang tapi kau still kawan dengan aku dan kau ajar aku untuk jadi lebih sabar. aku tahu dulu aku tak ramai kawan dan ramai yang tak suka aku masa tu sebab perangai aku tapi aku tak pedulik sebab aku masih ada kau. kau la kawan yang sanggup ubah aku, kau sanggup ubah aku sebab kau tak nak orang benci aku. aku pernah rasa semua tu dengan kau, susah senang kita yang rasa, kau nangis bila aku nangis, kau rasa sakit bila orang cakap pasal aku, mana boleh aku lupa kau. kadang kadang aku fikir, mana kau simpan perasaan marah kau tu, kau sangat sabar. dan aku belaja dari kau, even aku tak sekuat kau tapi aku cuba.

serius ! aku rasa kau da berubah sekarang, aku tak kenal kau lagi. ok, kawan! aku memang tak layak mengaku yang kau kawan baik aku sebab aku tak mampu tolong kau time kau rasa aku ada. aku cuma nak kau berubah sebab aku sayangkan kau. boleh tak kalau aku nak kau yang dulu. :') sekarang memang aku ramai kawan sebab mereka tak kenal aku yang dulu sebab kau berjaya ubah aku untuk jadi macam sekarang.

kalau sejahat mana, seteruk mana pun kau sekarang, aku tetap anggap kau kawan. kita memang tak serapat dulu , tapi aku nak kita tanggung sama sama, berubah sama sama, berjaya sama sama. maafkan aku sebab lupakan kau. :') aku akan rindukan kau lepas nii even kau hanya sejarah aku . Kalau kita tak lagi berhubung lepas nii aku nak ucap terima kasih sebab sabar dengan aku, jaga aku, prihatin dengan aku dulu dan thanks you a lot for being myfriend. :’)

*tolong jangan fikir aku kawan waktu kau senang dan cari kau time aku susah, aku tak seteruk itu. :'( 

ikhlas untuk kau KAWAN.


Thursday 29 March 2012

KAU KAN ABANG :')

Assalamualaikum wbt guys!


KAU KAN ABANG! this entry is refer to mybrother. :D tadi dia call semata mata suruh aku bukak mymetro untuk tengok kolej dia ada masuk dalam book of record =,='' ok! bangga la tu. aku pun ikutkan dan bukak. ok! done, i found it! dan dia sibuk suruh aku mohonkan apa apa untuk adik kitaorang yang baru lepas SPM tu. haish! whatthefish abang kau suruh aku, ok! serius aku malas sangat sangat nak buat benda benda tuhh. dan idea yang lebih baik aku call balik abang kesayangan aku tuhh dan minta dia yang cari dan bagi je aku link. tanpa batahan dia buat, betul betul dia cari and bagi link. (-_-'') *even aku main main je. HAHA! Selesai kerja. kan senang kalau kau buat awal awal abang. ='' i know you really take care about your siblings and so do I. HEHE! abang aku yang kadang kadang buat aku rimas dan kadang buat aku rindu kat dia. :D dan sekarang aku rindu kat dia, cepatlah kau balik abang. act, he always remind and also with me even susah or senang. I proud with he bcoz every week dia akan call and sms semata mata untuk ingatkan aku supaya call our parents, how sweet you're abang! HEHE! even kitaorang adik beradik keluar dengan girlfriends dia pun dia still take care adik adik dia first, that's why i really proud him.


t
this is myABANG.                            
     MUHAMMAD AZIZI SHAHRUDIN

OUR PARENTS 


*Cepatla kau balik abang, kalau tak duduk rumah je la cuti dua bulan ni. -''
#iloveyou all much much.

Wednesday 28 March 2012

terharu.

assalamualaikum wbt.

mood : happy

nak cerita nii nak cerita nii, meh la dengar eh silap meh la baca! tadikan aku buka la dashboard blog aku ni dan aku tengok tengok dan baca la entry entry blogger yang aku follow tiba tibakan aku jumpa satu entry nii dan aku rasa terharu sangat sangat ok! sangat! rindu this is refer to cik NUR NADIAH SALEHIN punya entry! Dude! Guess what, your entry really really making me smile, i mean smile to myself! serius aku terharu gila baca entry kau. act, i miss you too. Rindu nak sketsa dengan kau depan sitisu! HAHA! sumpah kelakar kan. babe! i really hope that you ok right now. please stop thinking or just remove away person always several troublesome people which really making you sick! you can do it dear, i really know it!





So, she's the one who knows everything about me and will always be my side, no matter i am having a good or hard time. She really cares about me, and so do i. There's no secret between us. She trust me like i trust her too. ok! that's why i always with her. :D #loveyou.

Tuesday 27 March 2012

thinking about life

I fall,
I rise.
I make mistakes,
I live.
I've been hurt
but I'm alive.
I'm human,
I'm NOT perfect
but i'm thankful.

For thought them,
I've LEARN to appreciate
LIFE every moment.

*Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Setiap kedukaan ada keceriaan. menangislah kalau berasa sedih kerana itu dapat mengurangkan rasa duka. ketawalah kalau berasa gembira kerana itu dapat membahagiakan. :D

diary :(

assalamualaikum wbt.

aku sedih sangat sangat sebab diary aku kena koyak, hilang sume story of 2010! sangat sangat sedih OK! Among the diary i really really love tahu! banyak kenangan yang tertulis kat dalam tuu. aARG! apalah diaorang nii banyak lagi buku lain kalau nak guna pun, tahu la diary tuhh tak penuh tapi jangan la koyak dan buang sume kertas dalam tuhh. ni yang rasa nak kunci bilik, tanak bagi orang masuk dah! :'( kat diary tu juga la story story PLKN time bosan kat kelas KN9 dulu yang MAXIS dan IMUE selalu conteng. ai, imue hilang sume cite kau pasal cikgu ikmal yang macho tu weyy. kisah kisah aku dengan dia, story story SPM, yang penting sume yang berkaitan 2010 ada dalam tuu. :( arghh sedih sedih sedih. !







mood : hilang , kbai!

tada kerja weyy!

assalamualaikum wbt.

 oi oi oi, asal la aku asik nak update je bolg nii ha? ish2. actually, aku saja saja nak luah perasaan kat sini. to junior junior aku kat stta tuh. syabas syabas sebab dah tahu result korang. aku nak story story kat sini tentang dua orang budak yang sentiasa dapat perhatian kat sek dulu, ok! sorry to say eh, aku bukan nak kutuk or jealous dengan mereka mereka nii. cuma kadang kadang tuh mereka mereka nii boleh membuatkan aku rasa MENYAMPAH LA AI. certain cikgu cikgu memeng akan anggap mereka mereka nii boleh diharap dalam menjaga nama baik sekolah la konon. ok! memeng tak di nafikan yang mereka mereka nii sangat sangat la berbakat tapi cara GILA KUASA yang menguasai diri budak budak nii membuatkan senior senior or junior junior kat sekolah tuhh da tak nampak da bakat tu. so, be yourself please! ok, result da keluar dan tahniah la pada mereka mereka nii, aku tak doakan yang buruk untuk korang tapi aku berharap korang berubah. as a senior aku doakan yang terbaik untuk korang mendapat tempat kat mana mana IPTA especially. dan harap harap sangat korang tak bawak perangai nii bila kat IPT nanti. takut takut nanti lagi ramai orang yang benci kang. tahniah kerana telah menjadi  pemimpin yang AWESOME la kan. :) sorry sebab aku tak suka perangai korang tapi aku tadalah sampai benci dan nak bermasam masam muka, aku still hormat korang as myjunior k. :D

Monday 26 March 2012

oh SPM!

assalamualaikum wbt guys!

 Actually before this I had write about spm! For me, spm is only beginning to be a real life, have many way to success, SPM is not a real future, its only beginning ok! Only! So, if you get result less than you want, don’t worry dear. You have a lot of time to prepare yourself better than better, yeah! Come on guys, wake up and make your decision starting now, don’t give up. bermula dari bawah tak bermakna kita lemah dan kita tidak akan merasa senang sekiranya tidak kenal apa itu susah. So, let by gone be by gone.  Eceh! Ok2, now let start thinking about your future! Please guys don’t care what people say, it can make you down but sometime it can make your spirit.  And for those of people yang suka sangat nak kutuk kutuk orang tuu, insaf insaf lah. Kau takkan pergi jauh dengan apa yang kau buat sekarang! Think positive la kawan. Tak bermakna yang gagal sekarang gagal selamanya ok! Ramai lagi orang kat luar tu yang gagal dahulu dan Berjaya sekarang.  Ok, now just think about yourself! Good luck for those yang nak sambung study tuu. Pastikan korang tak salah buat keputusan. Dan jangan rasa putus asa bila tak dapat apa yang korang nak. Berfikiran positif, mungkin ada yang lebih baik akan menanti, Cuma lambat dan cepat je. SEMOGA BERJAYA SEMUA! love ya!

Sunday 25 March 2012

..sahabat..

assalamualaikum wbt semua.


SAHABAT? jarang sekali kita dengar orang mencari kawan atau menginginkan kawan kawan dikalangan mereka mereka yang SOLEHAH. Kadangkala kita terlalu imaginastik mahu mencari SEORANG LELAKI SOLEH untuk dijadikan SUAMI supaya hidup kita bahagia di dunia dan akhirat tetapi kita JARANG SEKALI mengingatkan diri kita untuk BERUSAHA mencari sekurang-kurangnya SEORANG KAWAN yang SOLEHAH supaya kita juga mendapat kebahagiaan yang sama. Kadangkala kita selalu BERANGAN-ANGAN mahu ditemukan lelaki soleh supaya kita dapat berpimpin tangan menuju REDHA Allah bersama-sama padahal kita tidak berusaha MENDAMPINGKAN diri mencari SAHABAT yang solehah yang boleh mengingatkan kita WAKTU SOLAT, jom PUASA SUNAT, ataupun mari BACA MA'THURAT..

p/s : Bukankah SAHABAT YANG BAIK juga adalah PEMBUKA JALAN untuk kita menjadi yang baik dan PERMULAAN CERITA untuk kita MENDAPAT yang terbaik juga? Sahabat solehah yang sentiasa MENEGUR diri saat iman semakin berkurang..yang membantu MENYEMBUHKAN IMAN yang sedang sakit, yang bersama diri saat DUKA mahupun tawa..yang saling MENCINTAI kerana Allah..♥♥


*ALHAMDULILAH aku mendapat SAHABAT yang sentiasa ingat mengingatkan. <3

alhamdulilah!

assalamualaikum guys!

rasa lega sangat sangat sebab final dah pun berakhir, fuh! selamat datang cuti semester. yeahh! saat saat yang di nanti nanti oleh sume student. ok! tetiba rasa sedih sangat sangat sebab dah nak balik dan berpisah dengan roomate roomate ku, nanti mesti saya rindu awak awak dan awak. tq 4 being mybeloved roomate guys! love you all ++. dan mesti aku akan rindu kau jugak nadiah, mybff! HAHA! Even aku tahu kau tak suka perkataan best friend forever tuu tapi aku tetap nak guna juga, SORRY TO SAY DEAR! dan aku rasa kesian gila dekat buddy aku yang terpaksa menghabiskan masa cuti di kolej kesayangan even paper habis awal, tima tima nasib kau la yee kena tunggu sampai march31 nii. tak sabar tunggu esok!! 
:)